Saringan NADI e-Sukan MADANI Legend: Mobile Legend Musim ke 4
29 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2026, NADI telah berjaya menganjurkan saringan NADI e-Sukan MADANI Legend: Mobile Legend Musim Ke-4 yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan saingan yang sengit.
Sebanyak 2 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini bagi merebut peluang untuk mewakili NADI ke peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos nanti.
Tahniah diucapkan kepada pasukan IQ+KETENANGAN=WIN kerana berjaya muncul sebagai juara dan seterusnya akan mewakili NADI ke peringkat negeri.
Semoga pasukan IQ+KETENANGAN=WIN terus memberikan aksi terbaik dan mengharumkan nama NADI di peringkat seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: