Program Kempen Internet Selamat Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Daerah Kerian
12 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2026, MCMC Negeri Perak bersama NADI Daerah Kerian telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat (KIS) melibatkan sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Kerian.
Seramai 46 buah sekolah telah menyertai program ini. Pengisian tertumpu kepada kesedaran penggunaan internet secara berhemah, keselamatan dalam talian serta peranan pelajar sebagai pengguna digital yang bijak.
Program ini turut diserikan dengan ucapan daripada En. Musa bin Saat, Timbalan PPD (Kerian) serta En. Muhammad Zulhilmi Zolkifly, Penolong Pengarah MCMC Perak, yang menekankan kepentingan literasi digital dan keselamatan siber dalam kalangan pelajar.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberi sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada generasi muda dalam mendepani dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: